Sunday, January 13, 2013

e-Kebertanggungjawaban


Modul ini membincangkan isu “menjadi bertanggungjawab” apabila menggunakan Teknologi Digital dalam kehidupan seharian kita. Ia meliputi hak dan keistimewaan pengguna Internet dan tingkah laku yang perlu ada pada mereka.
Kebertanggungjawaban ialah konsep yang rumit yang berkait dengan etika dan tadbir urus. Ia disinonimkan dengan istilah seperti tanggungjawab, kebolehjawaban, kebolehsalahan dan liabiliti yang dikaitkan dengan jangkaan untuk memikul tanggungjawab. Untuk mentadbir urus,perlu ada peraturan dan dasar berkenaan tindakan atau aktiviti yang boleh diterima dan tidak boleh diterima untuk faedah pengguna. Oleh itu, modul ini juga akan memperkenalkan konsep Dasar Penggunaan Boleh Terima (Acceptable Use Policy, AUP) dalam organisasi dan institusi kepada anda.
Modul ini menekankan kepentingan mempunyai rasa tanggungjawab sebagai pengguna teknologi digital. Ia direka untuk mencabar peserta tentang dilema etika berhubung dengan akibat pelanggaran dasar dan peraturan yang diterima untuk menerbitkan kandungan dalam talian, terutamanya dengan kemunculan 

KLIK PADA LINK DIBAWAH UNTUK PENJELASAN MENYELURUH TENTANG e-Kebertanggungjawaban

Posted By Amirul Hakim12:24 AM

e-Kesejahteraan

Filled under:


Memahami kesejahteraan fizikal dan psikologi dalam dunia teknologi digital adalah penting. Anda perlu berhati-hati dengan pelbagai bahaya yang ada apabila menggunakan teknologi. Oleh itu, dalam modul ini, kita akan melihat beberapa isu kesihatan dan keselamatan yang paling biasa ditemui serta langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko tersebut. Anda juga akan diperkenalkan dengan beberapa istilah seperti ‘ketagihan menggunakan komputer & Internet’, ‘ergonomik’ dan kesan penggunaan komputer kepada persekitaran.

Klik pada link di bawah untuk penjelasan menyuluruh tetang e-Kesejahteraan

e-Kesejahteraan

Posted By Amirul Hakim12:18 AM

e-Perusahaan

Filled under:

Modul ini memperkenalkan urus niaga dalam talian dan menjelaskan secara terperinci bagaimana melakukannya. Ia menekankan akibat yang disebabkan oleh amalan buruk seperti membeli secara impulsif dan membida dalam talian (sekadar menyatakan beberapa contoh). Ia juga menekankan kepentingan melindungi maklumat peribadi anda semasa membeli belah dalam talian. Selain itu, ia memberikan panduan untuk memastikan sesuatu laman web itu selamat.

klik pada link di bawah untuk penjelasan menyeluruh tentang e-Perusahaan
e-Perusahaan

Posted By Amirul Hakim12:16 AM

e-Interaksi dan e-Kerjasama

Modul ini meninjau pertukaran dan perkongsian maklumat menggunakan sistem atau peralatan digital. Ia termasuklah keperluan sikap merendah diri, kesetiaan dan rasa hormat terhadap orang lain apabila berkomunikasi. Peralatan digital boleh memupuk perpaduan jika digunakan dengan betul. Dalam sesetengah masyarakat, memajukan pesanan teks dan e-mel tanpa memeriksa kesahihan dan asal usulnya tidak dapat diterima dari sudut sosial. Modul ini mendidik Netizen tentang penggunaan Internet supaya berfikir secara kritis dalam menganalisis sumber maklumat dan menilai kesannya ke atas orang lain. Matlamatnya adalah untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak dan beretika apabila berada dalam talian.


klik pada link di bawah untuk penjelasan menyeluruh tentang e-Interaksi dan e-Kerjasama
e-Interaksi dan e-Kerjasama

Posted By Amirul Hakim12:15 AM

e-Keselamatan

Filled under:

Modul e-Keselamatan ini akan membimbing anda tentang cara melindungi maklumat penting daripada ancaman Internet. Modul ini meliputi langkah dan amalan terbaik untuk menjaga keselamatan diri anda. Ia memperkenalkan konsep pemangsa dan pornografi yang dikenali sebagai 2P. Modul ini juga akan mengetengahkan beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu anda ambil untuk menjamin keselamatan rangkaian anda. Melindungi peralatan seseorang bukan merupakan tanggungjawab peribadi, tetapi juga perlu untuk melindungi masyarakat

klik pada link di bawah untuk penjelasan menteluruh tentang e-Keselamatan
e-Keselamatan

Posted By Amirul Hakim12:13 AM

e-Peraturan

Filled under:

Modul ini memperkenalkan dan menerangkan jenayah siber dan isu hak cipta serta kesannya terhadap masyarakat dan perniagaan. Sedikit sebanyak ia juga menyentuh apa yang dimaksudkan dengan undang-undang Perlindungan Data dan kepentingannya dalam melindungi hak anda.

klik pada link di bawah untuk penjelasan menyeluruh tentang e-Peraturan
e-Peraturan

Posted By Amirul Hakim12:12 AM

e-Celik

Filled under:

Modul ini memberikan huraian kepada teknologi digital dunia abad ke-21. Ia menerangkan mengenai kemampuan menggunakan teknologi digital dan mengetahui bila anda boleh atau bila tidak boleh menggunakannya dan bagaimana untuk menggunakannya. Ia menekankan etika dan proses pembelajaran tentang teknologi dan kegunaan teknologi. Modul ini direka untuk menawarkan pendidikan berbentuk proaktif kepada pengguna teknologi digital. Ia berkaitan adab dalam talian yang wajar dan bertanggungjawab, yang disokong oleh kajian kes sebenar, agar pengguna mempunyai rasa tanggungjawab dan hak pemilikan terhadap amalan dalam talian mereka. Dewasa kini, pembelajaran yang disokong teknologi digital menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian kita. Malangnya, mengetahui CARA menggunakan teknologi secara inovatif dan beretika masih diabaikan. Lantas didalam modul ini, kita akan berkongsi maklumat bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mencari dan mengumpulkan sumber dan bahan yang boleh dipercayai melalui penggunaan pelbagai peranti.

klik pada link ni untuk penjelasan yang menyeluruh tentang e-CELIK

e-Celik

Posted By Amirul Hakim12:11 AM

Saturday, January 12, 2013

e-Akses

Filled under:

Dalam modul ini, kita akan menerokai jurang antara mereka yang mempunyai akses teknologi maklumat dan digital yang efektif dengan mereka yang mempunyai akses yang sangat terhad atau tiada akses langsung. Ini termasuklah faktor-faktor seperti teknologi yang digunakan,ketidakseimbangan dalam akses fizikal, teknologi dan sumber yang diperlukan untuk menggunakannya secara efektif. Ia juga akan memberikan kefahaman tentang keistimewaan menggunakan maklumat elektronik dalam masyarakat dan hak yang saksama terhadap akses,selamat dan boleh dipercayai. Di samping itu, terdapat juga perbincangan mengenai bagaimana orang kurang upaya boleh mengakses Internet. Kita juga akan menumpukan perhatian kepada beberapa kajian kes,mengetahui bagaimana sesetengah Kerajaan membantu merangsang perkembangan akses elektronik dan merapatkan jurang digital di negara mereka

klik pada link di bawah untuk penjelasan menyelurauh tentang e-Akses
e-Akses

Posted By Amirul Hakim11:19 PM