Modul ini meninjau pertukaran dan perkongsian maklumat menggunakan sistem atau peralatan digital. Ia termasuklah keperluan sikap merendah diri, kesetiaan dan rasa hormat terhadap orang lain apabila berkomunikasi. Peralatan digital boleh memupuk perpaduan jika digunakan dengan betul. Dalam sesetengah masyarakat, memajukan pesanan teks dan e-mel tanpa memeriksa kesahihan dan asal usulnya tidak dapat diterima dari sudut sosial. Modul ini mendidik Netizen tentang penggunaan Internet supaya berfikir secara kritis dalam menganalisis sumber maklumat dan menilai kesannya ke atas orang lain. Matlamatnya adalah untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak dan beretika apabila berada dalam talian.
klik pada link di bawah untuk penjelasan menyeluruh tentang e-Interaksi dan e-Kerjasama
e-Interaksi dan e-Kerjasama
0 comments:
Post a Comment