Sunday, January 13, 2013

e-Celik

Filled under:

Modul ini memberikan huraian kepada teknologi digital dunia abad ke-21. Ia menerangkan mengenai kemampuan menggunakan teknologi digital dan mengetahui bila anda boleh atau bila tidak boleh menggunakannya dan bagaimana untuk menggunakannya. Ia menekankan etika dan proses pembelajaran tentang teknologi dan kegunaan teknologi. Modul ini direka untuk menawarkan pendidikan berbentuk proaktif kepada pengguna teknologi digital. Ia berkaitan adab dalam talian yang wajar dan bertanggungjawab, yang disokong oleh kajian kes sebenar, agar pengguna mempunyai rasa tanggungjawab dan hak pemilikan terhadap amalan dalam talian mereka. Dewasa kini, pembelajaran yang disokong teknologi digital menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian kita. Malangnya, mengetahui CARA menggunakan teknologi secara inovatif dan beretika masih diabaikan. Lantas didalam modul ini, kita akan berkongsi maklumat bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mencari dan mengumpulkan sumber dan bahan yang boleh dipercayai melalui penggunaan pelbagai peranti.

klik pada link ni untuk penjelasan yang menyeluruh tentang e-CELIK

e-Celik

0 comments:

Post a Comment